icon-search
icon-search

Apa Itu Kanser ?

Apa Itu Kanser ?
Kanser, atau Barah adalah sejenis penyakit yang berkaitan dengan ketidak seimbangan replikasi dan tindak balas sel dalam badan. Biasanya, sel ini akan bertambah (replikasi) mengikut aturannya bagi membolehkan tumbesaran badan dan pemulihan selepas berlakunya kecederaan. Namun, ada kalanya sel ini bertambah secara tidak normal menyebabkan berlakunya ketumbuhan tidak normal atau juga dikenali sebagai tumor.
Tumor mempunyai dua kategori iaitu bukan barah (benign) dan barah (malignant). Tumor bukan barah tidak merebak ke bahagian tubuh badan atau organ yang lain. Barah pula terdiri daripada sel-sel barah yang sekiranya tidak dirawat boleh merebak ke bahagian tubuh badan yang lain. Sel barah boleh merebak ke organ yang lain menyebabkan komplikasi sistemik. Komplikasi dan kehilangan fungsi multi organ akan menyebabkan kematian.
Apabila sel ini sampai ke bahagian tubuh badan yang lain, ketumbuhan baru boleh terjadi di organ tersebut. Keadaan barah merebak ini adalah dikenali sebagai barah sekunder atau metastasis. Perkataan barah juga boleh digunakan dalam keadaan pertambahan sel yang tidak normal tetapi tidak diikuti dengan ketumbuhan atau tumor. Ini adalah seperti yang berlaku dalam penyakit yang melibatkan sel penghasilan darah iaitu penyakit leukemia.

Sayangi diri, utamakan kesihatan anda.

AccuAnswer #HealthIsWealth #WeCanMakeAChange #4In1Glucometer #YourHealthMatters



Older post Newer post

Your Cart
Your cart is currently empty.
Continue browsing here.