Komplikasi Diabetes

Komplikasi Diabetes

Kita sudah tidak asing lagi dengan penyakit yang kerap dialami oleh penduduk di Malaysia iaitu Diabetes (kencing manis), atau nama saintifiknya Diabetes Mellitus.

"Kencing manis je....."

Ramai juga yang tidak sedar bahawa diabetes ini merupakan antara penyakit KRONIK yang boleh merosakkan keupayaan tubuh badan untuk memproses glukosa darah.

Sekiranya langkah berjaga-jaga tidak diambil dengan lebih awal, diabetes boleh menimbulkan beberapa komplikasi yang boleh memudaratkan kesihatan.

Antara komplikasi-komplikasi diabetes adalah:

1. Penglihatan menjadi kabur
- Diabetes yang tidak dikawal dengan baik boleh merosakkan seluruh struktur mata dan menyebabkan katarak dimana kanta mata menjadi keruh sehingga pandangan menjadi kabur.

2. Hilang penglihatan
- Apabila paras gula dalam darah meningkat secara kronik, ia merosakkan pembuluh darah dan sel mata. Ini akan menjejaskan bekalan oksigen dan nutrisi pada mata. Penglihatan akan semkin merosot dan berkemungkinan untuk buta sekiranya tindakan awal tidak diambil dengan segera.

3. Mata menjadi kemerahan
- Mata merah juga merupakan antara komplikasi yang banyak dihidapi oleh pesakit diabetes. Sesetengah individu beranggapan bahawa mata merah hanyalah sekadar sakit mata biasa tetapi ia sebenarnya disebabkan oleh kandungan gula dalam darah yang tinggi.

4. 'Eye Floaters'
- Apabila diabetes menjadi semakin teruk, saluran darah yang tidak normal boleh mencederakan retina dan berdarah. 'Eye floaters' akan terjadi secara tiba-tiba.

Kandungan gula dalam darah boleh dikawal sekiranya anda mengambil langkah berjaga-jaga dengan mengawal pemakanan harian.

Pantau tahap gula dalam darah dengan Accu-Answer® Blood Glucose Monitoring System yang boleh didapati di Shopee Mall https://shp.ee/6g6zuwt

Your Health is Our Priority.